..:: ustazbum.blogspot.com :: SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ BUMYAMIN. SEKARANG ANDA BERADA DI RUANGAN UTAMA, SILAKAN DITAAKUL ARTIKEL YANG TERKANDUNG. TERIMA KASIH :: ustazbum.blogspot.com ::..

8/9/12

Subuh Persis Jumaat


Bismillahirrahmanirrahim...

      Begitu cepat masanya berlalu, hari ini telah menyingkap hari ke-6 puasa di bulan Ramadhan karim. Selangkan kita mengundur ke belakang, mustahil dapat kembalikan masa sehari berpuasa, apatah lagi ingin mengulanginya semula untuk hari pertama Ramadhan. Begitulah dunia, perginya tidak kembali lagi, benarlah kata-kata pemikir Islam, "perkara yang paling jauh untuk dikejar ialah masa yang berlalu, dan yang paling dekat dan singkat adalah sesaat masa yang akan datang". Hari ini ramai yang telah sedar dan insaf akan siatuasi bobrok sebelum ini yang terbiasa dilakukan. Namun, hikmah akal yang dikurniakan Allah SWT kepada kita semua telah membuatkan kita berfikir akan situasi di atas tadi. Pun begitu, sejauh manakah pula kognitif kita memikirkan semua itu? Sejauh manakah kewarasan berfikir untuk menyatakan bahawa beribadah di bulan Ramadhan memberikan banyak pahala. Sedangkan perkara sunat lebih diutamakan daripada kefardhuan yang sangat dituntut untuk dilaksanakan? Terawih, sangat dominan dengan Ramadhan yang lebih diutamakan oleh kita semua dewasa ini. Ayuh! Bukan ingin disangkalkan akan pahala yang terdapat dalam terawih itu, cuma ingin menyentap pemikiran kita bahawa fardhu itu perlu diutamakan. Apa salahnya sekiranya kita jadikan Subuh Persis Jumaat? Ataupun kita tidak menganggap solat Subuh itu kefardhuan untuk dilaksanakan secara jemaah? Alangkah ruginya kognitif kita sebelum ini.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)


Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).


Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

      Nah, kita semua! Banyak riwayat daripada sahabat-sahabat r.a yang merakamkan ucapan Rasululullah SAW dalam menyatakan kepentingan solat Subuh secara berjemaah. Pernah kita merungut, mengapakah Islam tidak berada di atas dalam semua aspek? Termasuklah sistem pemerintahan negara Islam itu sendiri. Ketahuilah, persoalan itu sebenarnya terletak jauh di sudut Rohani kecil kita. Segalanya bermula di dalam diri setiap individu muslim. Jadi bersedialah menghadapi kekalahan demi kekalahan terhadap umat Islam dewasa kini yang sebenarnya bermula dari kita. Bagaimana ingin mengharapkan kejayaan tersebarnya syiar Islam sekiranya 'bunga apinya' tidak dipercikkan dengan nyalaan cahaya? Permulaannya adalah kekuatan seseorang umat Islam tatkala matanya terbuka bila mana azan Subuh berkumandang memecah hening pagi untuk segera ke surau dan masjid. Selangkah bertapak menuju ke masjid tika itu adalah lebih mulia dari dunia dan isinya yang penuh dengan noda dan dosa. Kemampuan untuk melangkah menggerakkan kaki menuju untuk jemaah adalah gambaran awal kejatuhan Yahudi dan Kristian. Sememangnya golongan ini kecut perut bila mana Subuh Persis Jumaat mampu dilakukan oleh umat Islam hari ini. Namun begitu, artikel mengenai hal ini bukanlah asing, walhal telah lama diuar-uarkan dan apakah kesan yang diperoleh?
Aritikel akan bersambung...

No comments:

Post a Comment