..:: ustazbum.blogspot.com :: SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ BUMYAMIN. SEKARANG ANDA BERADA DI RUANGAN UTAMA, SILAKAN DITAAKUL ARTIKEL YANG TERKANDUNG. TERIMA KASIH :: ustazbum.blogspot.com ::..

8/13/12

Ramadhan Bakal Melabuhkan Tirainya

        Sedar tak sedar kita dah berpuasa hari yang ke 26 hari ini..Ramadhan bakal meninggalkan kita..adakah segala amalan dan ibadat puasa yang kita lakukan diterima oleh ALLAH??adakah lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya??.Harapannya moga ibadat yang kita lakukan pada Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya..InsyaALLAH..Semoga kita berpeluang lagi untuk bertemu Ramadhan tahun seterusnya..Semoga kita diberikan kesempatan oleh ALLAH S.W.T untuk berpeluang melakukan ibadah-ibadah..Semoga kita berpeluang untuk sentiasa membaiki diri ke arah yang lebih baik..amin Ya ALLAH..


       10 Malam terakhir merupakan malam untuk kita berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan kerana terdapatnye malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam LAILATUL QADAR..Pada malam itu turunnya malaikat-malaikat untuk mengatur segala urusan dan malam yang dimakbulkan doa orang-orang yang yang terpilih. Al Quran juga diturunkan pada malam AL Qadar ni..betapa mulianya malam Lailatul qadar ini..kita kena berusaha melawan segala nafsu untuk mendapatkan malam yang mulia ini..Adakah hambamu ni terpilih untuk malam lailatul qadar?? wallahualam..jika terpilih alhamdulillah,jika tidak berilah peluang untuk hambamu ini bertemu malam lailatul qadar yang seterusnya..amin amin ya rabba al amin. Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:Maksudnya:

"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil." 

saya ingin berkongsi artikel- artikel yang menaik dan berguna untuk berkongsi bersama tentang 10 malam terakhir ini...diharap artikel2 ini dapat membantu diri kita lebih mengenali Ramadhan ini..insyaALLAH..


http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/3495-tanda-tanda-malam-al-qadar.html
http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3465-malam-lailatul-qadar.html#
http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3467-tips-10-malam-terakhir-ramadhan.html
https://www.facebook.com/notes/ustaz-dato-tuan-ibrahim-tuan-man/tazkirah-tips-di-hari-hari-akhir-ramadhan/10150202619618239
http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3530-koleksi-doa-doa-pada-malam-lailatul-qadr.html
~~wasalam wa maa salamah wa ilal liqa"~~

sumber : Red Cheek's

No comments:

Post a Comment