..:: ustazbum.blogspot.com :: SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ BUMYAMIN. SEKARANG ANDA BERADA DI RUANGAN UTAMA, SILAKAN DITAAKUL ARTIKEL YANG TERKANDUNG. TERIMA KASIH :: ustazbum.blogspot.com ::..

7/5/12

Permulaan Sebuah Blog

Assalamualaikum WBT...

     Terima kasih di atas kesudian menjengah blog ini walaupun seketika. Ingin diperkatakan di sini, kewujudan blog ini adalah semata-mata untuk memperluaskan lagi bidangan pendidikan di era dunia tanpa sempadan kini demi untuk melihat kaedah penyampaian dan penerimaan serta pemerolehan input maklumat pelajaran tidak lagi melalui pandang dan dengar seperti yang dilakukan oleh generasi terkebelakang sebelum ini.

     Mungkin anda semua tidak memikirkan kewajiban dan kepastian perkara ini pasti akan berlaku di masa-masa akan datang, memandangkan kemudahan internet boleh dicapai di merata tempat dewasa ini. Oleh yang demikian kaedah pendidikan melalui blog adalah medium terbaik untuk menyediakan bahan-bahan serta keperluan yang berkaitan dengan dunia pendidikan semasa kepada semua generasi pelajar, tanpa membatasi jarak dan sempadan.

     Kewujudan blog yang dibina oleh saya melalui sesawang http://www.ustazbum.blogspot.com adalah manifestasi daripada intipati pengajian saya di semester 5 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam kursus Teknologi Pendidikan 2 yang memastikan setiap mahasiswa/i yang mengambil kursus tersebut perlu mewujudkan satu blog peribadi yang persis "education base system" kepada pengunjung khususnya pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA).

     Akhir kata, inilah hasilan karya maya yang mampu saya terjemahkan melalui binaan sebuah blog yang serba ringkas dan mungkin sedikit menjemukan. Namun, tanpa dorongan dan semangat dari anda semua yang berkunjung ke sini, mustahil dapat saya bangun dan aktif dalam memperbaharui (update) setiap entry dari masa ke semasa. Saya mengharapkan doa dan dokongan daripada anda semua yang berkunjung agar blog ini terus memacu ke hadapan dalam membina empayarnya yang tersendiri. Mudahan Allah SWT perkenankan niat yang suci ini demi untuk melihat syiar ISLAM kan terus dijulang tinggi jua terlaksana di masa akan datang. InsyaAllahu taala 'alam...

2 comments:

  1. Ustaz Bum..kita ambik Teknologi Pendidikan 2 sem ni..belum sampai level 3 lagi..xpe maju punya pasal kira okla dh sampai level 3..hehe..

    ReplyDelete
  2. Iye...typing error...! Huhuu..

    ReplyDelete